PENTING:
1. Pemohonan keahlian Warga Hijau hanya terbuka untuk penduduk yang bermastautin di Pulau Pinang sahaja
2. Maklumat palsu atau borang yang tidak lengkap tidak akan dilayani.
3. Semua Warga Hijau adalah tertakluk kepada Akta Kenyataan Perlindungan Data Peribadi

Saya seperti mana di bawah

Nama :
No KP/Passport : ( cth:801234560118@A123456)
Alamat :

dengan sesungguhnya berikrar bahawa saya akan menjadi Warga Hijau yang menangani isu pencemaran alam sekitar dan perubahan iklim bersama dengan Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah Negeri Hijau yang pertama di Malaysia, saya akan menyokong Inisiatif Hijau Kerajaan Negeri melalui 10 langkah berikut:

  1. Jimat air.
  2. Jimat tenaga elektrik.
  3. Sokong inisiatif larangan merokok.
  4. Kurangkan penggunaan beg plastik.
  5. Hentikan tabiat pembakaran terbuka.
  6. Hentikan tabiat membuang sampah merata-rata.
  7. Kurangkan kesan jejak karbon (Carbon Footprint).
  8. Kurangkan penggunaan bekas makanan polystyrene.
  9. Pupuk semangat masyarakat penyayang dan prihatin.
  10. Amalkan 3Rs-Kurangkan (Reduce), Guna Semula (Reuse), Kitar Semula (Recycle)

    Kenyataan Perlindungan Data Peribadi

    Adalah dimaklumkan bahawa mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA") yang berkuatkuasa pada 15 November 2013, PGC Strategies Sdn Bhd ("Penang Green Council'') dengan ini terikat untuk membuat notis dan memerlukan persetujuan untuk pengumpulan, catatan, penggunaan dan penyimpanan maklumat peribadi.

    Maklumat peribadi anda mungkin dipindahkan dan / atau didedahkan kepada pihak ketiga dan / atau rakan kongsi kerjasama PGC termasuk tetapi tidak terhad kepada ejen sumber luar yang dilantik bagi tujuan memenuhi kewajipan kami kepada anda berkenaan dengan semua tujuan dalam menyediakan perkhidmatan bersepadu, mengekalkan dan penyimpanan rekod. Data anda mungkin akan dikongsi apabila dikehendaki oleh undang-undang jika diperlukan. PGC adalah komited dalam memastikan kerahsiaan, perlindungan, keselamatan dan ketepatan maklumat peribadi anda yang disediakan kepada kami dan ia telah menjadi dasar berterusan kami yang ketat untuk memastikan bahawa maklumat peribadi anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan dikemaskini.

 

Persetujuan:

Dengan ini saya mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan di atas adalah benar sepanjang pengetahuan saya. Saya bersetuju untuk membenarkan data peribadi saya diproses bagi tujuan penglibatan secara sukarela dan juga untuk menerima sebarang maklumat yang dikemaskini mengenai program dan projek PGC Strategies Sdn Bhd (Penang Green Council) berdasarkan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Saya bersetuju untuk mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Program Warga Hijau dan saya sedar bahawa Program Warga Hijau mempunyai hak untuk menolak permohonan saya sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu atau tidak lengkap dalam borang permohonan ini.

Anda boleh mengakses dan mengemaskini data peribadi anda dengan menulis kepada kami di: www.pgc.com.my


Pulau Pinang, Tanggungjawab Saya